Top Ad

Monday, January 31, 2011

Pecel Lele

Memang dah lama mengidam masakan Jawa ni. Kalau dalam bahasa Jawa, Pecal ni ada dua makna.. kedua-dua nya merujuk kepada jenis masakan.. Kebiasaannya, pecal yang diketahui ramai ialah sayur-sayuran (timun, tahu, tempe, tauge, kangkung dll) yang dimakan bersama sambal kacang yang telah dibancuh dengan air panas. But, ada lagi satu jenis masakan asli masyarakat Jawa yang juga dipanggil pecel iaitu pecel lele (Ikan keli), boleh juga dimasak dengan ikan pari atau ayam..
Resipi Pecel Lele
(masa penyediaan -20 minit)
Bahan-bahan
6 ekor ikan keli yang telah disalai
1 biji Santan Pekat
Sedikit air asam jawa

Daun cekur yang dihiris halus(untuk hiasan)
Daun Limau Purut (optional)

Bahan-bahan yang ditumbuk
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4sm isi cekur
20 biji cili padi
6 sm belacan yang telah dibakar
Sedikit Garam dan Gula
+
a pinch of love and drop of sincererity
Cara-cara memasak.
Masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam santan dan masak hingga hampir menggelegak.. Masukkan air asam jawa, hirisan daun cekur dan gula. Akhir sekali masukkan ikan salai(panggang) ke dalam kuah.
 
Ikan yang telah siap disalai ni boleh dibeli di pasar tani.
*
*
Sangat mudah kan? selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad