Top Ad

Tuesday, January 11, 2011

Laksa Penang Kak Nah

Pagi-pagi Ahad memang tak sah kalau tak ke Pasar Tani Mega Shah Alam.. Ai mula berkunjung ke pasar tani ni sejak 13 tahun yang lepas.. sampai la sekarang.. tapi sejak 2 tahun yang lepas.. we all pasti tak lepaskan peluang untuk menikmati Laksa Penang Kak Nah.. apa yang special nya??
Okay, kat gerai Laksa Kak Nah ni ada dua jenis laksa.. laksa biasa and LAKSA PULAS. Laksa Pulas ni la yang menjadi pujaan hati kami.. Laksa pulas ni warna dia agak kekuningan macam spaghetti  and texture dia sedikit lembut, so bila campur dengan kuah dia terus meresap dan mesra gitu....laksa pulas ni memang ai tak pernah jumpa dimana-mana gerai laksa sekitar Shah Alam dan kawasan sewaktu dengannya sebab laksa ni memang dibuat sendiri oleh family Kak Nah sendiri.
*
*
*
So laksa ni biasanya inclusive of telur suku, daun silom, timun, bawang besar and cili merah
*
*
*
*
Tapi bagi yang regular, diorang pasti akan makan laksa pulas ni dengan add-on accessories like:-
Daun Putat
Petis Udang (Kilang Orang Melayu yea)
Nenas
Cili Padi
*
*
Lagi special sebab tuan punya kedai ni sediakan
Pisang Emas (FOC) no limit
Harga - RM2.50
*
*
Boleh terjumpa enche Senoi la pulak
*
*
Kali ni ai padan kan laksa ni dengan air Limau + Oren Asam Boi. Actually, tak tahu nak buat pilihan samada nak air oren ke air limau...
So pikir punya pikir.. akak cute jual air ni buat statement.. boleh campur kalau nak.. lagi sedap.. ai pun apa lagi... terus order satu
*
*
Jeng-jeng
Ni la hasil Limau + Oren Asam BOI..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad