Top Ad

Thursday, December 30, 2010

Uncle Meet Again for Piala Suzuki AFF

Untuk bersiaran langsung secara terus bagi menonton perlawanan akhir Piala Suzuki AFF kami telah bersepakat memaksa Dee & Izwan menerima kunjungan kami yang tidak diundang ke kediaman mereka sebagai lokasi pilihan. Lokasi yang dipilh sangat bersesuaian terutama bagi kami yang bawak family. Bagi mengelak kejadian tak diingini, kami memilih untuk tidak menonton di kedai mamak atau tempat umum kerana perlawanan ini berkemungkinan mengundang kontroversi Malaysia-Indonesia yang tak berkesudahan. namun harus diingat ini hanyalah satu acara sukan bukan perang dunia..
Suasana santai sewaktu menonton perlawanan tapi masih memberi tumpuan 100% kepada acara yang sedang berlangsung...
Walaupun tidak ke stadium tapi rasa macam tonton world cup sebab bahang piala dunia South Africa masih terasa dengan kewujudan Vuvuzuela .. semua yang hadir tak melepaskan peluang untuk memberi tiupan sokongan menggunakan vuvuzuela kepada pasukan Malaysia...
Mama, Papel and Daini... ehh mana Isha.. tentunya Isha yang sedang mengambil gambar... walaupun tidak centre tapi masih jelas... Thanks Isha for the shot.
Isha dengan signature smileshot nya
Aksi cheerleaders yang begitu sopan memberi sorakan tanpa henti
*
*
*
ooopps ... bagi memeriahkan acara malam ni... kami bersepakat untuk pot luck ala bidan terjun.. kami membawa hidangan ala kadar seperti Nasi Lemak, spring potato, nasi putih dan ikan bakar, buah longan etc. walaubagaimanapun penghargaan harus diberi kepada Pn Sri kerana bersusah payah membuat special menu for the night iaitu home made burger untuk santapan bersama.
Daging burger berinti keju hasil air tangan Pn Sri sendiri dihidang dengan salad dan roti yang telah dibakar dengan marjerin kelihatan sungguh menggiurkan...
Close up home made burger...
Masa untuk bergembira sambil menikmati hidangan burger setelah Malaysia mendahului dengan jaringan 1-0.
*
*
*
*
Tumpuan kembali ke skrin utama untuk menyaksikan detik-detik cemas sebelum wisel penamat dibunyikan..
 
Sekian ulasan bagi acara menonton perlawanan akhir Piala Suzuki AFF... sekalung tahniah untuk pasukan kebangsaan bagi kemenangan unggul yang begitu bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Terima Kasih buat Perdana Menteri kerana mendengar tweet rakyat Malaysia dengan mengisytiharkan cuti umum seMalaya.. dan terima kasih kepada tuan rumah Dee dan Izwan untuk lokasi yang begitu selesa dan santai..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad