Top Ad

Monday, July 12, 2010

Aktiviti memancing Ikan Haruan dan Ikan Puyu @ Dorani Homestay

Masih berada di kampung enche hubby, Sg Hj Dorani, Sungai Besar, Selangor yang terletak kira-kira 96 km dari Klang. Kali ni, tanpa di duga, me and kids terlibat secara tak langsung dengan aktiviti memancing di tepi rumah. Memang ni first time I pancing ikan...This time round air di sekeliling sawah dah semakin surut dan ikan pun dah agak besar, so this is the best time untuk memancing. People like me who knows nothing about fishing pun boleh dapat hasil yang agak lumayan.. Alat-alat yang di perlukan ialah sebatang pancing buluh dan udang hidup sebagai umpan. Letak saja mata kail, umpan dah mengena .. tak perlu nak tunggu lama... Average time 1-2 minutes... teruja kan?
Hasil tangkapan sendiri.. bangga giler
Ikan-ikan ni kena ditempatkan dalam air supaya kekal hidup sehinga tiba masa untuk siang.. Ikan darat kalau dah mati akan terasa lumpur... so tips nya kalau nak dapatkan rasa terbaik ikan darat, pastikan ikan tersebut masih hidup sebelum disiang. Tak dinafikan, aktiviti siang ikan ni memang agak mencabar....
Kalau family enche hubby, hidangan tersohor ikan darat terutama spesis haruan,puyu atau sepat ialah masak "Tomis".
Resepi turun temurun masak tomis Hj Manan (Pewaris Embah Kam) ialah :

Bahan - bahan untuk menumis
1. Apa jua spesis ikan

Bahan yang ditumbuk :
1. Bawang Merah - 5 ulas
2. Bawang Putih - 2 ulas
3. Cili Padi kampung - 10 biji
4. Belacan Sg Hj Dorani (Jenis lain tak jadi)

6. Perahan Air Asam Jawa
7. Secubit garam dan gula
8. Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara memasak :
1. Bersihkan ikan darat menggunakan garam dan asam jawa/belimbing buluh untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
2. Bilas dan gaulkan kunyit dan garam sebelum di goreng seperti dalam gambar
3. Angkat ikan yang siap di goreng dan ketepikan
4. Kemudian kurangkan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk (Jangan terlalu lumat) sehingga garing dan kekuningan

5. Tambahkan sedikit air untuk kuah
6. Masukkan garam dan sedikit gula
7. Masukkan Ikan Goreng
8. Dan akhir sekali masukkan perahan air asam jawa
9. Tunggu sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan
 
Kebiasaannya, tinggalkan separuh lauk yang digoreng untuk dimakan begitu saja.
Hidangan tomis ni sesuai di makan dengan nasi dan lagi afdal kalau dengan pulut. Tips untuk memasak : tidak sesuai untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk mengekalkan keaslian rasanya. Boleh juga dimasak mengunakan telur, ikan laut, kerang atau ayam. Mentarang atau jenis seafood seperti kupang pun sangat sesuai untuk jenis masakan ni. Pendek kata, apa juga lauk boleh buat "Tomis" nih.. pasal tu tak jemu... boring ikan, guna ayam plak.. boring ayam, boleh guna telur ayam.. he he. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad