Finally, me and enche hubby arrived at Railway Station Tanjong Pagar. We heard a lot about this place and we want to be the witness of the existence of this building...after July 2011 this building will be demolished and redeveloped. For whatever reasons, I simply can't think of any reasons why it was decided and concluded in such manner. The pride that will be forgotten by the world and mainly Malaysian who don't even have the opportunity to step in Singapore just yet and what more to see this building located at the end of 2 rails connecting two countries.
Tanjong Pagar Warisan Terakhir Tanah Melayu
Extracted from an article written by Ku Seman Ku Hussain
- Mulai Julai 2011 stesen Tanjong Pagar tidak lagi beroperasi. Perjalanan keretapi dari negara ini akan berakhir di Woodlands yang jaraknya lebih kurang 30 minit perjalanan dengan keretapi ke Tanjong Pagar.
- Sepasang landasan dibina melunjur membelah Singapura dari utara ke selatan.
- Tapak Stesen Tanjong Pagar mempunyai keluasan 32 hektar milik KTMB. Terletak di Keppel Road, dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.
- Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen keretapi Tank Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal keratpi pertama di Singapura.
- Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi dihujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara Singapura, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara Malaysia bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan keretapi.
- Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan keretapi ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaanya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.
- Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kertapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singpura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu.
- end of article-
Kebiasaanya, apabila sesuatu tempat itu dikatakan sebagai peninggalan sejarah, tentu ada sesuatu yang menjadi tanda ingatan untuk tatapan kunjungan ramai sebagai contoh muzium, bangunan, tugu/monumen dll. Namun tidak bagi stesen Tanjong Pagar dimana ianya akan diroboh sama sekali. Tiada apa lagi yang dapat disaksikan melainkan penbangunan baru yang tentunya tidak mempunyai ciri-ciri senibina yang membawa identiti Melayu. Secara peribadi, walaupun perjanjian dan persefahaman telah dimeterai, namun setiap rakyat Malaysia tentunya akan terasa kehilangan sesuatu yang sangat sukar digambarkan.
Setibanya kami di stesen Tanjong Pagar, kelihatan satu bangunan yang kelihatan masih kukuh dan tersergam dengan senibina bercirikan identiti Melayu. Namun suasana sekeliling agak suram dan ibarat retak menanti belah. Cuma tinggal lebih kurang 3 bulan lebih sebelum ia dirobohkan. Ai rasa amat terkesan dan sebak melihat bangunan yang mencatatkan pelbagai sejarah dan nostalgia, bangunan yang bukan hanya sekadar stesen keretapi akan hilang dari pandangan mata...
Sebagai tanda kenangan, me and enche hubby mengambil kesempatan untuk bergambar di setiap ruang stesen Tanjong Pagar ini.
*
*
*
*
Initially, we planned to come here by train.. tapi hajat tak kesampaian.. so sebagai mengambil mood dan feel seorang traveller, ai cuba shot aksi klise balik kampung...
Warning : this entry consists of massive self taken photo.. just click x at the right corner to close this tab if you can't take it.
*
*
*
We had breakfast here...
*
*
Actually here... it's located outside the building.
*
*
I ate the mee rebus
*
*
and Nasi Lemak for enche hubby. It was raining outside...
I am glad that I've been here. I will keep these memories folded in my heart and my hope is that whatever concluded better be good... many says it's a win-win situation but knowing their negotiation skills it's hard to believe we're not losing anything. In fact I think we already does ..not once but many times... do we learnt from a lesson? me don't have the answer either..
Ms Dots at Tanjong Pagar, Sunday 13 March 2011, 12.30pm.
As salam..
ReplyDeletemohon ambik artikel&foto nii utk di kongsi kat blog saya....
tak pernah ke singapura.....
tapi khazanah negara telah tergadai......
atas nama pembangunan, semua benda boleh tergadai. tengok saje la Penjara Pudu. Pastu Tanjung Pagar ni. Aku rase la lepas ni mesti die nak bagi Johor tu kat Singapore. Even Danga Bay pun owned by Singaporean. Penjajahan secara senyap.
ReplyDeletelook at the building it self.. obviously it's not Malay heritage.. It colonial! so why regret loosing it? In fact FYI the land has been swapped with a high value commercial land in s'pore's CBD area which is soo much beneficiary to own. My opinion would be different if the building is a malay traditional house or istana..
ReplyDeleteNext to go are Johore and Limbang
ReplyDeleteAku terdengar ada seorang Cina rakyat Malaysia membebel-bebel pasal Stesyen Keretapi Tanjong Pagar ni, dia kata pemimpin Malaysia kurang cerdik kerana menyerahkan stesyen itu kepada Singapura
ReplyDeletesaya baru pulang dari Tanjong Pagar semalam,penuh sesak dengan ramai orang yang sibuk snap pic sana sini......tapi terharu gak saya kerana satu lagi Tanah Melayu hilang setelah Singapura......Pihak Singapore sibuk membuat persiapan besar2ran menyambut bagai anak pulang ke ibu.....meriah.....tiada nilai nya mungkin bagi kita bangsa Melayu....cuma pihak KTMB sedang membawa masuk keretapi pembuka rel yang sedang bersiap sedia mengangkut pulang rel keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar yg mungkin akan disimpan di Muzium untuk tatapan bangsa Melayu akan datang....sadis
ReplyDelete