Dalam banyak-banyak jenis ikan yang dibakar, ikan terubuk memang menjadi pilihan hati ai.... walaupun ikan terubuk ni banyak tulang tapi itulah nikmat sebenarnya... enche hubby memang dah tahu kegemaran ai ni... kalau beli, anak-anak kami tak galakkan sebab tulangnya bercabang jadi... ai seorang pun boleh habis sebelah ekor...
sekarang ni kalau pergi ke pasar bukan senang nak dapat terubuk tempatan. Kebanyakannya diimport dan kualiti isi selalunya tak fresh.....
Kalau terasa nak makan ikan terubuk bakar asli, tempatan, original, tiada campuran bahan awet.... ada carannya.... selalunya, ai beli ikan terubuk di Pasar Awam Sungai Besar... harga terubuk tempatan sedikit mahal dari terubuk biasa... ai dah ada target kedai amoi ni kalau nak beli... yang lain tu import..
Tips yang paling penting:
- Pilih saiz yang agak besar, sebab kalau terlalu kecil tak kurang lemak.
- Jangan buang sisik, cuma perlu potong dua dan buang perut....
- Rentap badan ikan terubuk sampai terdengar bunyi untuk luruskan tulang agar mudah untuk dimakan.
- Cuci bersih, dan sapukan sedikit garam...
so sekarang dah sedia untuk dibakar.... bagi ai kalau bakar atas dapur gas memang takde ummphh... jadi, kebiasaanya, minta tolong enche hubby hidupkan bara tempurung kelapa.... barulah wangi... dan cara bakar, jangan terlalu kering, nak tahu samada dah masak atau belum, cuma tekankan sedikit ikan dan kalau dah takde darah dari tulang sum-sum tengah tu keluar (dah mula beku hitam) tandanya, ikan yang dibakar dah masak.
Sedia di hidang atas daun pisang dan cicahan.... bismillahirrahmanirrahim....
Untuk bahan-bahan cicahan :
Air asam jawa
Cili padi ditumbuk kasar
Bawang Merah
Belacan
Garam
Gula
Limau kasturi dihiris
Kicap Tamin
Kerisik
terasa-rasa nikmatnya time tulis post ni... selamat mencuba... kena pulak dengan hidangan masakan kampung yang lain...pergghhh nikmat tak terkata
No comments:
Post a Comment