Top Ad

Sunday, November 21, 2010

Eidul Adha Celebration

 
Allahuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar...
Laailaahaillallahuwallahuakbar..
Allahuakbar walillahilhamd..

Beginilah suasana sambutan hari raya Eidul Adha di kampung enche hubby.. sambutan serba sederhana namun begitu bermakna buat kami sefamily... ikatan ukhuwah yang terjalin sekelian lama jelas kelihatan di kalangan penduduk qaryah Kg Parit 1 Sg Hj Dorani...
Selesai saja mengerjakan solat sunat Eidul Adha... semua jemaah duduk berkumpul untuk menjamu selera dengan juadah yang dibawa oleh setiap keluarga..... Setiap hidangan terdiri dari juadah yang berlainan..... penyediaan yang sangat simple tapi begitu menyelerakan....
Suasana ni memang ai tak pernah jumpa di bandar.... may be sebab ni adat tradisi masyarakat berketurunan Jawa kut.... that is why ai nak abadikan moment ni untuk dijadikan tatapan anak-anak di masa depan...
From left : Papil, enche hubby (baba), Isha and Daini
Suasana kampung yang begitu mendamaikan... cuaca sangat baik memudahkan lagi acara ibadah qurban... tahun ni alhadulillah jumlah lembu untuk diqurban kan adalah sebanyak 3 ekor....
Tahun ni ai bertekad untuk melihat sendiri secara live bagaimana ibadah qurban dilaksanakan... Sembelihan yang pertama.. ai hanya pergi dekat apabila sembelihan dah pun selesai... untuk seterusnya... berusaha untuk lihat secara lebih dekat lagi tetapi melalui lensa kamera.... dan alhamdulillah untuk sembelihan yang ketiga... ai telah mempunyai sedikit kekuatan untuk menyaksikan secara live bagaimana sembelihan ibadah qurban dijalankan... tentunya amat bermakna....
But for Isha... perkara ni tak menjadi masalah... she can stand in less than 2 metres from the area.... as a mum I encourage my kids to witness this moment and hopefully they can appreciate why we are doing qurban as they grow.....

Saat-saat getir apabila hanya kedengaran laungan Allahuakbar dan selesailah sudah acara sembelihan...
 Seterusnya, kerja-kerja melapah daging dilakukan secara bergotong royong.. ai secara sukarela mengambil tugas untuk menimbang daging secara keseluruhan sebelum agihan dilakukan.... Pertama kali ai pegang daging qurban agak terkejut sebab daging tu masih panas... Setiap timbangan adalah sebanyak 10 kg...
Tugas mencatit dah di booking oleh enche hubby's cousine... memang sesuai.... anak borek mak rintik... awal-awal dah train pelapis dia.
 
Enche hubby secara sukarela mengambil tugas melapah... kalau ikut kategori.. tugas ni boleh dikatakan yang paling ringan berbanding dengan tugas-tugas lain seperi memotong tulang dan sebagainya....

Dah menjadi tradisi kami untuk masak sup tulang selepas mendapat agihan daging qurban......
 
Sedap kan?? tapi resepi ni tak boleh dijadikan amalan.. high kolesterol.... biasanya ai akan cepat-cepat minum lime juice...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ad